God Is a Woman

"God Is a Woman" (Bahasa Inggeris: Tuhan Itu Wanita)[3] ialah sebuah lagu oleh penyanyi Amerika Ariana Grande. Ia dikeluarkan pada 13 Julai 2018, sebagai single kedua dari album studio keempat Grande Sweetener (2018). Lagu ini ditulis oleh Grande, Max Martin, Savan Kotecha, Rickard Göransson penerbitnya Ilya."God Is a Woman" membuat debut pada nombor kesebelas dan kemudian mencapai pucak nombor kelapan menjadikan single sepuluh teratas Grande yang kesepuluh di Billboard Hot 100 A.S.. Ia menjadi single keempatnya untuk mengatasi carta tayangan ke udara Mainstream Top 40 A.S.. Lagu ini juga memperoleh puncak sepuluh teratas dalam carta 17 negara, termasuk nombor pertama di Greece, Iceland dan Israel, nombor empat di United Kingdom, Ireland, Singapura dan Malaysia, nombor lima di Australia, Kanada, Hungary dan New Zealand, serta mencapai 20 teratas di Austria, Denmark, Norway, Belanda, dan Switzerland. Single ini diperakui Platinum di enam negara tambah dengan Intan Berganda di Brazil. Lagu ini dicalonkan untuk Persembahan Solo Pop Terbaik di Anugerah Grammy Tahunan ke-61.